Thursday 4 October 2012

Keindahan Erti Persahabatan

Assalammualaikum,
 mula dengan bismillah ekyn akan meluahkan semua perasaan apa yang ekyn rasakan selama ini. setelah berbulan-bulan blog ini ditinggalkan , akhirnya ekyn mulakan semula dengan menaip dilaman blogger ini . hai dan salam 1 malaysia.
Pengertian dalam sesebuah persahabatan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perhubungan . Tanpa PENGENALAN yang cukup hubungan persahabatan tak akan utuh . Persahabatan memerlukan KEPERCAYAAN. Kepercayaan yang kuat akan menjaminkan KEBAHAGIAN yang hakiki.
Tapi aku mana-mana persahabatan yang terjalin dalam kehidupan semuanya bermakna dalam hidup aku. Terutamanya, ketika berada dialam kolej ataupun universiti. Kehidupan yang semua orang bakal rasai walaupun cepat atau lambat. Pelbagai kenangan pahit dan manis yang banyak aku alami disini . Semuanya amat menarik ! !
Bermula sampai aku mengenali mereka . Mereka yang terbaik, terhebat dan terhandal dalam hidup aku . Haha. Mereka sahabat dunia akhirat aku ketika aku susah senang, demam, hujan, ribut, taufan dan segalanya lah kann . :) Terima kasih korang.
Kalau korang baca ini , korang mesti tahu kepada siapa aku tujukan kerna korang lah tempat aku mengadu . Dan tak perlulah aku mention kan nama korang . Biar aku jeh yang tahu siapa yang berada diakal dan fikiran aku . Setiap saat, detik dan minit aku memerlukan korang. Tanpa korang tak bermakna lah aku disini . Korang pokok untuk aku berteduh ketika hujan, korang lah angin ketika kepanasan. Aku memerlukan korang sehingga lah ke akhir nafas aku, wahai sahabat . Fahamilah rintihan aku ini. Aku lelah ketika kite semua hampir berpecah-belah, nafasku bagaikan terhenti seketika dengan masalah yang dihadapi kite semua. Aku penat untuk menanggung semua ini , aku ingin semuanya seperti dulu iaitu ketika aku mula-mula mengenali korang .

Adakah kedatangan aku membuatkan semuanya jadi sebegini ? Jika iya, dengan berat hati aku akan mengundur diri dari kalian semua . Kerna aku mahu yang terbaik untuk semua. Aku mohon sangat-sangat korang fikirkan lah yang terbaik . Ada kala kite perlu berbincang beramai-ramai, ade kala kite perlu beralah, ada kala kite bersedih dan kite perlu ketawa semua itu penting dalam persahabatan . so , fahamkan lah makna persahabatan ,.

Salam sayang dan rindu dari fadilaekyn untuk korang .
loveyou yaww <3
thanks a lot for everthing, babe ..